Gunakan Firefox sebagai pelayar perusahaan anda
Firefox memberikan pelayaran internet yang lebih selamat, kukuh dan fokus kepada privasi berskala besar. Dengan dasar perusahaan dalam kedua-dua Firefox atau Firefox Extended Support Release (ESR), organisasi mendapat fleksibiliti, kawalan dan ketelusan dalam pelayar sumber terbuka yang dipercayai.
Perlindungan bertaraf korporat, dikuasakan oleh Firefox
Firefox menyatukan ketelusan sumber terbuka dengan ciri keselamatan yang terkini dan kemas kini terbaru bagi membantu melindungi data syarikat anda.
Integrasikan bila dan bagaimana yang anda mahukan
Dengan pakej pemasangan dan aplikasi pengembangan yang luas termasuk dasar dan ciri, kerahan mampu dilaksanakan dengan pantas dan lebih fleksibel — amat mudah untuk persekitaran Windows, Linux dan macOS.
Kitaran pelancaran yang memenuhi kehendak syarikat anda
Pilih Firefox untuk ciri terkini dan pelancaran yang lebih stabil setiap empat minggu, atau Firefox ESR untuk kestabilan jangka lama, kemas kini keselamatan yang kerap dan keluaran besar setiap tahun.
Item muat turun Perusahaan
Windows 64-bit
macOS
Windows 32-bit
Muat turun Firefox atau Firefox ESR untuk satu lagi bahasa atau platform.